Sunday, July 27, 2008

Saturday, July 26, 2008

TESTIMONI PENGGUNA

Testimoni Pengguna

BUSUNG
Faizah Bt Ismail (24 thn). Selepas mengamalkan program 21 hari iaitu Ahmar, Arbee dan
Penerang Hati, pusat saya yang sebesar kepala lutut telah mengeluarkan air sebanyak 2 baldi
selama 24 jam dan perut saya yang berukuran 1.25 meter telah pulih seperti sediakala

SCHIZOPHRENIA
Norhayati Bt Dollah (30 thn). Alhamdulillah setelah mengambil produk Ahmar, Arbee dan Zaba
badan saya rasa sihat dan ingatan kembali pulih. Saya kini kembali normal dan berkeadaan
seperti biasa.

LUMPUH
Esah Bt Ab Rahman (58 thn). Saya telah mengamalkan produk Ahmar di minggu pertama dan
kesannya saya dapat menggerakkan anggota badan saya dan kemudian saya mengambil produk
Arbee. Dengan izin Allah, saya kini mampu berjalan dan pulih dari penyakit ini.

BATU KARANG
Zakaria B Hj Mansor (40 thn). Saya telah mengamalkan produk Zaba bagi penyakit yang saya
hadapi. Dalam masa tiga hari saya telah minum 3/4 botol Zaba dan akhirnya batu karang
sebesar jari manis telah keluar dari tubuh saya.

Nama Pengguna : Hamba Allah
Masalah Dihadapi : Putus tunang selama 5 tahun.
Produk Digunakan : Hawa
Cara Penggunaan : Minum
Hasil dan Kesan : Putus tunang selama 5 tahun, minum Hawa. Selepas 7 hari bekas tunang datang minta perkahwinan diteruskan.

Nama Pengguna : Nurus Suadah Binti Ahmad.
Masalah Dihadapi : Migrain, sakit gigi.
Produk Yang Digunakan : Zaba
Cara Penggunaan : Minum.
Hasil dan Kesan : Setelah minum Zaba selama 2 hari penyakit mula sembuh. Sejak itu terus jadikan Zaba minuman harian.

DAN 153 cases testimoni pengguna telah pun di buku kan .

Friday, July 25, 2008

KAEDAH PENGGUNAAN

Asas Penggunaan Produk
Baca Al-Fatihah, berselawat dan niat mengikut hajat
Minum 5 kali sehari selama 7 hari
Boleh campur ke dalam sebarang masakan dan boleh disapu pada muka dan kepala.
7 titik ke dalam air minuman atau sebarang masakan.

Tambahan maklumat Kaedah penggunaan

MINUM

Minum sebanyak mungkin dlm sehari. Semasa minum bayangkan air berkenaan masuk kedalam saluran darah kita dan sebagainya dan menendang keluar semua kuman, bendasing dan sebagainya melalui proses perpeluhan, buang air kecil dan buang air besar.

MANDI

(Mandi sekurang-kurangnya sekali sehari pada waktu petang sebelum Maghrib ATAU sebelum azan)

Masukkan air Annusyrah ke dalam gayung mandian yanag terakhir dan jirus air berkenaan di atas kepala dan pastikan air rata ke seluruh badan.

(Selepas mandi, badan tak perlu dilap. Biarkan air berkenaan kering di badan)

NIAT

Sebelum Menggunakan Air Annusyrah; Kaedahnya sama sahaja spt Sebelum Minum, Mandi, Merenjis atau sebelum Mencampurkan Ke Dalam Makanan, Minuman & Sebagainya)

  1. Baca Al-Fatihah (1X)
  2. Selawat Kpd Nabi SAW (3X)
  3. Lafazkan niat atau hajat secara jelas dan penuh pengharapan
  4. Yakinkan 100% hajat dimakbulkan dgn membayangkan bahawa kita sudah sihat sptmana yg diharapkan atau gambarkan sebarang hajat dan keadaan seperti yang diinginkan.

SEMUA PRODUK ANNUSYRAH MESTI DIGUNAKAN SELAMA 7 HARI BERTURUT-TURUT

(DICAMPUR DLM MAKANAN, MINUMAN, DIRENJIS PADA PAKAIAN, RUMAH DAN DIBUAT MANDIAN)

PERHATIAN;

Bagi anak2 atau org tua yang uzur yg tidak mampu melakukannya sendiri, org dewasa yang sihat boleh tolong memandikan mereka dgn niat kpd ALLAH SWT utk menyembuhkan penyakit mereka(anak2 atau ibubapa yang uzur @ tidak sihat)

“BERIKHTIAR HABIS-HABISAN SEBELUM BERTAWAKKAL”

Thursday, July 24, 2008

RAWATAN 7 HARI

Rawatan 7 Hari

Bagi mendapatkan kesan terbaik, pengamal air Annusyrah boleh menggunakan Cara Rawatan 7 Hari.


A. Lakukan Rawatan 7 Hari
7 hari minum
Amar dan I-drop.
7 hari minum
Arbee dan Maedah.
7 hari minum
Zaba, Penerang Hati dan Hawa.


B. Amalkan 5 kali sehari (sebelum/selepas) solat sepanjang Rawatan 7 hari.

C. Sebelum Minum:
Istighfar 3 kali
Baca Al-Fatihah 1 kali
Selawat ke atas Rasululllah s.a.w 3 kali
Niat (berdoa mengikut hajat)


D. Selepas tamat Rawatan 7 Hari, amalkan mana-mana produk yang sesuai dengan kesihatan diri - sila ambil perhatian kepada perubahan terhadap diri ATAU

E. Amalkan meminum

Asy-Syaafi dan I-Drop atau Asy-Syaafi dan Ahmar, atau Zaba dan Ahmar, setiap hari 2 kali sehari (subuh dan maghrib) - sebagai rawatan pencegahan.

F. Gunakan mengikut keperluan dan hajat anda bila-bila masa.

Sesungguhnya YAKINlah kepada Allah swt. Semua kejayaan akan usaha dan ikhtiar kita terletak pada KEYAKINAN kita padaNYA

Wednesday, July 23, 2008

PENGENALAN AIR ANNUSYRAH

Berikhtiar dgn produk ANNUSYRAH ini utk anak-anak kita…especially penerang hati…

Air ANNUSYRAH juga sesuai untuk wanita yang MENGANDUNG sebagai air selusuh..dan juga penyakit2 wanita...

Yg darah gemuruh pun boleh ikhtiar dengan Air ANNUSYRAH..

Juga air ANNUSYRAH boleh beriktiar untuk rawatan Batu Karang dan Gastrik…..

Insyallah ada perubahan kalau betul2 yakin dgn ayat Al-Quran.



Pengenalan Kepada Air Annusyrah

Maksud ANNUSYRAH ialah menulis kalimah-kalimah Al-Quran di atas pinggan putih kemudian dicairkan kalimah tersebut di dalam Air Osmosis Berbalik dan juga Air Zam-Zam bagi setengah2 produk, lalu dijadikan ubat. Pena nya diperbuat dari ranting kayu pokok paku pakis diraut rapi, manakala dakwatnya diperbuat dari filamen Saffron / Za'faran atau dalam Bahasa Melayunya dipanggil Kuma-Kuma. Kuma-kuma (dari jenis murah) di Malaysia kebiasaanya digunakan sebagai pewarna nasi beriani agar kelihatan kekuningan.

Za'faran adalah tumbuhan herba yang tumbuh setinggi paras lutut dan hidup subur di negara Iran menjadi barang kawalan di negara tersebut memandangkan harganya sangat mahal dan khasiatnya sukar ditandingi. Herba ini boleh diminum begitu sahaja untuk dijadikan penawar pelbagai jenis penyakit sejak di zaman silam lagi. Harga sekilo bunga Za'faran jenis yang terbaik menjangkau RM70,000.00 sedangkan harga sejongkong emas tulen hanyalah RM55,000.00.Oleh itu, hanya Za'faran yang layak digunakan sebagai dakwat untuk menulis ayat-ayat suci Al-Quran di atas Pinggan Putih.Selepas ditulis, ia dilarutkan di dalam air Zam-Zam kemudian di bacakan semula dan akhir sekali ditutup dengan 40 kali Surah Yassin serta dilakukan solat hajat kemudian diasingkan dan dibotolkan.Orang yang layak menulis ayat-ayat suci Al-Quran ini hanyalah orang yang betul-betul pakar dan berakhlak mulia serta boleh dipercayai kerana ianya ditulis dengan baik tanpa bersentuhan atau berlaku apa-apa kesalahan dalam penulisan. Ia sangat unik dan tidak mampu dilakukan oleh semua orang.

Di antara surah-surah yang ditulis dan dibaca para tahfiz (ini bergantung kepada jenis tujuan yg ingin dicapai) ialah :

  1. Doa Bismillah dibaca 118 kali.
  2. Bismillahirrahmanirrahim (Basmalah) dibaca 786 kali
  3. Al-Fatihah, Ayatul Kursi, Al-Falaq, An Nas dibaca 70 kali.
  4. Surah Yassin lengkap 83 ayat.
  5. Surah Thoha ayat 131 dan 132.
  6. Surah An Najmi 1 hingga 8
  7. Surah Ar Rahman 1 hingga 5
  8. Surah Al Haaqqah lengkap 52 ayat.
  9. Surah Al Insyirah lengkap 8 ayat.
  10. 10 ayat-ayat pilihan dari surah Al-Baqarah
  11. Surah Muhammad dan Ar Rahman lengkap.
Ayat-ayat Syifa' dan ayat-ayat terpilih dari surah Ali Imran, An Nisa', Al An'am, Al A'raaf, Al Raad, Al Kahfi, Al Anbiyaa', Al Mukminun, Lukman, Al Waqiah dan Al Hasyr.
Inilah keunikan Air Annusyrah yang telah dihidupkan semula oleh Ustaz Abdullah Mohd Yusuf melalui kajiannya selama 20 tahun untuk mengembalikan amalan para ulama silam sebagai ikhtiar penawar kepada pelbagai jenis penyakit zahir dan batin, keperluan dan hajat dengan izin Allah SWT.Kaedah ini telah mendapat sokongan daripada Dato' Seri (Dr) Haji Harussani bin Haji Zakaria, Mufti Negeri Perak

Air Annusyrah adalah ikhtiar untuk membantu semua golongan masyarakat yang menghadapi masalah jasmani dan rohani secara zahir dan batin serta semua masalah dalam kehidupan